Tuesday, 5 April 2011

bab 1


Bingkai gambar kelas 5A1 menarik perhatian matanya dari terus melakukan assignments yang bertimbun-timbun banyaknya.Dia memandang dirinya sendiri yang sedang memakai cermin mata bulat yang berbingkai hitam tebal tanpa cermin.Kemudian,matanya menatap kepada seorang pelajar lelaki yang turut memakai cermin mata sepertinya.
Tersenyum sendiri.
Dia membuka skype.Online.Friends,offline.Tiba-tiba satu nama muncul.Memang jodohnya lah tu.
                “Abang tak tidur lagi?”Rindu pulak dengan abangnya yang sekarang sedang menggantikan posisi papa.
Dia melihat abangnya menghirup kuah Maggie.
                “Dah tidur tapi bangun balik sebab ada rasa something.Rupa-rupanya sebab adik abang ni.Instinct kita kan kuat”.Gurau abangnya.
Qaisha ketawa perlahan.Takut rakan-rakannya yang sibuk study terganggu.Skrin ditatapnya.
                “Kak Huda dengan baby sihat tak?”Aku punya rancangan time sekolah dulu untuk jadikan kak Huda sebagai kakak ipar akhirnya Berjaya jugak.Tengok mukalah.
                “Sihat je.Abang yang sanggup berkorban masa ni tak nak tanya”.
                “Lah,buat apa nak tanya.Siap makan Maggie tengah malam tu confirm lah sihat terlebih walafiat”.
Ariz sengih.
Suasana berubah sepi.
                “Cepatlah cari  jodoh sendiri karang nanti mama yang carikan”.
                “Orang muda lagi lah”.
                “Mudalah sangat tu.Muka pun dah nampak kedut.Menang kak Huda”.Usiknya lagi.Ariz menunjuk-nunjuk ke arah kulit muka Qaisha.Lama betul tak jumpa adik aku yang sorang ni.
                “Yelah,yelah…kalau dah ada isteri cun melecun tu.Nampak adik sendiri pun dah nampak lebih kurang anak dara  Afrika dah”.Sengaja aku membuat nada merajuk.
Ketawa.
                “Okaylah abang,take care semua orang tau.Kirim salam sayang minus dendam plus rindu darab ‘sarang’.Doakan Qaisha lepas exam nanti”.
                “Amin…have a great nightmare.Assalamualaikum”.
Salam dijawab.Sempat lagi dia menyakat aku.
Jodoh?Aku akan tunggu ‘dia’ menjadi milik orang lain.Barulah aku akan bersedia untuk terima calon pilihan mama.Masih mengharap?Ya,masih lagi mengharap.Harapan yang bergunung-ganang tingginya.

Panggilan masuk.
                “Assalamualaikum Qaisha”.
Entah kenapa hati aku kurang senang menerima panggilan daripadanya sedangkan BFF sendiri.
                “Waalaikumsalam,tiba-tiba je call aku.Kenapa?Nak announce tarikh nikah ke?”
                “Eh tak lah.Ni Ean ada hantar mesej kat aku tapi aku tak berapa nak paham la.Dia bagi aku banyak nombor.Aku dah lah tak berapa nak paham dalam benda-benda macam ni”.
                “Kau send je la kat aku.Nanti aku try pahamkan kau”.
Bibir aku terukir senyuman.Perangai dia ni memang tak pernah berubah.Suka perkara tersirat.Ean,Ean…
Talian dimatikan.
Mesej masuk.
9 444 555 555-88-6 2 777 777 999-6 33 ?
Otak ligat berfikir.Kalau hantar dekat Jannah yang Ean sudah maklum memang tak suka benda-benda macam ni.Mesti benda yang mudah kan?
Mesej masuk lagi.
Susah kan?Aku pening betul tengok nombor2 ni.
Qaisha ingin membalas.Dia menekan butang-butang telefon.Kemudian,dia terfikirkan sesuatu.Dia senyum.Mudah je la teka-teki ni.Okay,meh sini aku terangkan satu persatu. Cuba tengok butang-butang telefon masing-masing.Selalunya handphone biasa kalau kita nak tulis mesej kita kena tekan nombor tu banyak-banyak kali untuk sampai ke satu huruf.Macam tu jugaklah teka-teki Ean ni.(handphone normal)
Dia menafsirkan satu-satu huruf di sebalik nombor-nombor ni.Air matanya menitis. Laju.Semakin laju.Dia tersenyum dalam tangisan.

9   444 555 555 -88-  6   2  777 777 999 -   6   33 ?
W   I      L     L   -U-  M  A   R    R    Y    -  M   E  ?   
Congrats beb…
Ringkas sahaja ucapan tahniahnya.
Pesanan masuk lagi.
‘Thanks,aku promise aku mesti invite kau!!!’
Sakit dia menahan air mata.Dia berusaha mencari kekuatan dari Ilahi.Bergegas dia ke bilik air.Terus mengambil wudhu’.
Ya Allah,bantulah hamba-Mu…

No comments:

Post a Comment