Wednesday, 6 April 2011

bab 2

Bab 2

KLIA…
Alhamdulillah.Tamat sudah penderitaan aku dekat Jepun tu.Yeay!!!dapat balik rumah. Rindu semua orang termasuklah haiwan kesayangan aku.Harap semua bernafas lagi. Nak tengok baby abang.Mesti comel…
Sedaya upaya dia hendak menyembunyikan perasaan sebenar.Kejadian semalam cuba dihilangkan dalam kotak memori.Memang susah tapi mencuba bukan satu kesalahan.
Dia mencari-cari kelibat seseorang yang sudah berjanji untuk menjemputnya.
Selendang yang terlilit di kepala dibetulkan sedikit.
Tangan disalam.
                “Makin kering tambah kontang adik abang ni.Mesti tak cukup nutrient kan?Tak pe-tak pe,jangan risau.Berat anda akan meningkat sebentar sahaja lagi”.
Qaisha ketawa riang dengan keletah abangnya.Mesti ada something yang aku tak tahu ni. Bestnya…
Mereka menuju ke Honda Civic.
                “Sportscar dah lelong dah ke?”
                “Still ada lagi la.Gila ke apa nak jual?Boleh tempah ICU tau kalau McLaren abang kena lelong.Ni kak Huda la suruh beli baru.Katanya tak sesuai untuk pergi keluar berjalan. Lagipun dah ada baby.Kenalah jaga”.
Yelah kan.Takkanlah nak bawa kak Huda dengan baby Sofea pakai sportscar abang tu. Boleh gugur jantung.Abang drive mengalahkan pelumba F1.Tu yang selalu kena saman.

Apa main tutup-tutup mata ni?Kalah surprise Eric Leong lagaknya.Ikut je la…Ni sepi semacam je..Ke abang nak sakat aku?Saja nak buat aku perasan ke?Ooo,jangan buat lawak kurang bijak dekat sini.
Abang membuka ikatan kain yang menutup mata aku.Kabur penglihatanku.Lama sangat mata kena gam gajah.
Keriuhan bergema.
Bibir tak berhenti tersenyum.Hampir semua orang yang dia rapat berkumpul bersama. Daripada mama papa sampailah ke gang Paracetamol.Cikgu-cikgu dulu pun ada jugak.Memang gempaklah.Berapa hari diorang rancang ni?Mesti susah kan?Ye la nak contact yang lama-lama ni.
Tangannya terus menyalam kedua-dua ibubapanya.Mama leleh.Papa tahan je air mata.Abang still dengan kemachoan dia.Pipi baby Sofea dicuit.Sofea senyum.Qaisha mengambilnya dari gendongan kak Huda.
                “Dengan orang lain dia tak nak tapi dengan makngah dia nak pulak”.Ujar kak Huda.Masih macam dulu.ISLAMIC MODEL.
                “Biasalah,kita kan sekutu kan Sofea?Dari golongan kiut-miut”.Jawabnya sambil memandang Sofea.
                “Perasan orang tak puji dia pun.Sibuk nak puji diri sendiri”.Usik Ariz.
Qaisha mencebik.Sofea ketawa.Yang lain turut ketawa.Dia mengembalikan si kecil itu kepada ibunya.
Dia berjalan ke gang Paracetamol.
                “Akak!!!Rindu giler.Tak tidur malam kitorang semalam.Pikir akak je”.Gurau Xiah.
Mereka menghulurkan sejambak bunga ros merah dan putih.
                “Thanks”.Wangi.
Mereka pantas menggeleng.
                “Nope.Kitorang yang sepatutnya berterima kasih dekat akak.Sebab sokongan and ajaran akak dululah kitorang boleh berjaya sekarang ni”.U-Know menjelaskan.
                “Betul tu kak.Parents kitorang memang terkejut habis bila dapat tahu kitorang dapat straight A+ untuk SPM dulu”.Giliran Max pula.
                “Sampai diorang boleh fikir yang kitorang reka sendiri slip tu.Memang masuk bahagian kementerian la baru nak percaya”.Micky menceritakan kisah dulu.
                “Effort korang jugaklah.Akak tolong sikit-sikit je”.Segan lah pulak.
Cikgu-cikgu yang dulu menghampiri kami.
                “Terima kasih Qaisha.Kisah kamu dengan Parcetamol membuatkan pelajar-pelajar dari kelas-kelas belakang terus bersemangat untuk belajar”.
                “Nothing Impossible la cikgu.Lagi pun bukan saya sorang je,kengkawan yang dulu pun tolong sekali.Lagi-lagi,budak-budak F4 tu”.
                “Cakap pasal kengkawan akak.Diorang kat mana ek?”
                “Tengah exam lagi.Akak kan ambik cepat”.
                “Boleh cerita la,orang tu skip PLKN”.Hero mengungkit.Ye la...kak Qaisha kan terus masuk U time diorang tengah sibuk berjemur.Bagus betul lah.
Pecah ketawa mereka.
Mama memanggil aku.
Nak announce apa pulak ni?
                “Terima kasih atas kesudian tetamu sekalian.Minggu ini akan menjadi minggu yang paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga kerana hujung minggu ni anak bongsu saya akan melangsungkan pernikahan”.
Aku dah macam tertelan sebotol minyak cap kapak dah.
Ariz segera menghampiri Datin Amaliah.
                “Ma,dah discuss dengan Qaisha ke?Please,jangan buat benda terburu-buru”.Bisik Ariz.Sampai ke telinga Qaisha.
                “I’m on”.Ringkas jawapan Qaisha.
                “See.I know my daughter well la,abang”.Datin Amaliah kelihatan lega.Datuk Zainal juga.


No comments:

Post a Comment