Wednesday, 6 April 2011

bab 3,4

Bab 3

Sibuk betul pergi try baju untuk majlis pernikahan nanti.Senyum semua main tampal je lah.Takkan nak layan je nangis ni.Dah aku tak ditakdirkan untuk dia.Apa yang boleh aku buat?Kita hanya mampu merancang,Dia menentukan segalanya.Siapa aku nak persoalkan ketentuanNya?
Putih menjadi tema.Sengaja aku elak daripada berjumpa dengan calon pilihan mama.  Takut semua rancangan hancur.Manalah tahu,bila aku tengok muka dia je.Aku terus tak nak.Kan susah tu.So,aku buat keputusan biarlah aku tahu semasa majlis nikah tu nanti. Harap dia yang terbaik buat aku…
                “Kau menung apa lagi?Makanlah sikit”.Pujuk Julia.Dia baru je sampai semalam dari Terengganu.
                “Aku nak je makan tapi masalahnya nanti baju nikah aku tak muat pulak.Kan susah so, aku terpaksalah korbankan nafsu makan aku.In conclusion,I’m on diet.The end”. Bersahaja mukanya. Sebenarnya,dia tak ada selera makan hari ni.Masih memikirkan dia.
                “Kau ni kan kalau bab menjawab memang la pandai”.
                “Tengok bulu mata lah”.Lentik.
Tahan je lah ketawa.Hidup memang tak pernah sunyi kalau hidup dengan kawan aku ni.

Rumah Datuk Zainal sedikit riuh dengan kehadiran Sofea.Si kecil yang sungguh sporting. Comel.Sungguh aku tak tipu.Eee,geram tengok dia.Bebas je.Boleh sesuka hati tidur, main, tidur, main.
Abang Ariz dah pulang dari bekerja.Kak Huda menjemput dari pagar lagi.Bertuah abang. Angkara siapa ni?Adik abang la…
Ni apahal tiba-tiba sibuk nak tengok semua orang punya kerja  ni?Tak lain dan tak bukan sebab nak sorok debar la.Dah la tak kenal pasangan esok.Dari hari pengisyiharan hari tu,aku dah start buat istikharah dan Alhamdulillah.Aku dah tak sibuk menyalahkan takdir. Bila la Jan dengan Ean nak declare dekat semua orang?
Aku harap lepas aku nikah ni.Cinta aku hanya buat suami aku je dan hilanglah perasaan kepada Ean.Amin…
Kaki dibawa naik ke atas.Masuk bilik tidur.Menantikan esok.

Bab 4

Dah habis dah diorang semua mencorakkan aku.Dari tudung sampailah kasut.Semuanya ikut cita rasa family.Aku dah macam patung dah.Biarlah,lagi pun aku kan anak bongsu diorang mesti nak buat yang perfect habis punya.Aku tak ambik kisah pun.Okay je cita rasa diorang excluded abang.Suruh tukar jadi tema pink pulak.Nasib baik,mama dengan kak Huda back-up aku.
Senyuman ikhlas berlatih di depan cermin entah berapa banyak kali.Ada je la yang tak kena.Tapi senyuman ikhlas boleh paksa ke?Bukan datang dari hati ke?Whatever…
Masjid terdekat ialah Wilayah Persekutuan.Berdebar dia memang lain macam sikit.Sebelum sampai tenang je.Dah sampai ni rasa lain pulak.Laju je dia mengepam.Mata aku hanya pandang bawah je.Kenapa?La mestilah sebab nak tahan Kristal jatuh.Satu titik jatuh ni membazir tau.Dah la bukannya sebab yang munasabah.Sebab ‘dia’ lagi la.
Aku duduk di tempat yang disediakan.Pandang bawah je lagi.Tak sedia lagi nak pandang mak mentua.I need someone now.Aku beristigfar di dalam hati semoga semuanya berjalan dengan lancar.Telingaku pekak seketika.Melayan perasaan.
                “Saya,Aiman Ikhwan bin Datuk Shauki….”.
Betul ke apa yang aku dengar ni?Tak payah mengharap ,mungkin nama sama kut. Takkan sampai nama bapak pun sama ?Tolong jangan buat aku nampak macam budak tak berpelajaran dekat sini.
Automatik,aku bergerak menyalam tangan ibu mentuaku.Aku memberanikan diri menghadap mukanya.Sah!Sah!Sah,aku dah tak waras.Aku daydreaming ke?
                “Datin Marya?”Tekeluar juga nama itu.
Dia menggeleng.
Semakin aku confuse.
                “Mummy lah”.Ujarnya lembut.
Okay,sah.Betul ke sah?Aku kahwin dengan Ean?Jannah dia campak mana?
Pengantin lelaki merapati pengantin permpuan.Kamera dah ber-flash sana sini.
Aku menyambut salamnya.Dahiku dikucup.Bila pulak aku dah sarung cincin ni? Ah,sudah.Otak dah jam.Aku tak tahu siapa yang accident.
Pakcik tukang kamera tu dah suruh pose macam-macam.Aku dahlah tengah blur sekarang ni.Okay,cool down.Mintak izin nak jumpa abang jap.Dia je lah boleh selesaikan soalan ni.
Aku segera mencari abang.
                “Abang,boleh kasi explain tak?”Mata dah berair ni.
Ariz terkejut.
                “La..explain apa nya?”
                “Tu betul ke Ean?Budak F4 tu ke?Tolong cakap tak”.
Ariz tergelak.Jari telunjuknya menunjukkan ke seseorang di belakangnya.
                “So,ni memang Ean la?”Air mata dah terjun gaya bebas dah.
Ean mengesat air mata isterinya.
                “Kenapa ni?Tak caya ke?Tahulah saya dah tambah hensem sampai tak kenal”.
Ek.Boleh pulak dia buat lawak kurang bijak kat sini.
                “Jannah mana?”Walaupun hubungannya dengan kawannya itu semakin renggang tapi dia takkan sakitkan hati  kawan macam ni sekali.
                “Nanti saya cerita.Awak janganlah nangis”.Pujuk Ean.Lucu melihat Qaisha menangis sebegini rupa.

Sampai je rumah,terus Qaisha minta disambung cerita.
Mereka duduk di sofa dengan masih berpakaian baju nikah.
                “Okay macam ni.Saya memang ada lamar Jannah tapi tu satu kesilapan.Saya sebenarnya nak hantar dekat awak.Kesilapan teknikal.Saya dah terang habis dah dekat Jannah.Lagi pun saya dengan dia kan dah tak ada apa-apa.Saya dah janji time zaman sekolah menengah dulu yang saya hanya akan kahwin dengan awak sorang je.Lupa dah?”
Panjang lebar penjelasan Ean.
                “Ingatkan awak main-main”.Air mata menitis lagi.
Ean mengesat air mata Qaisha lagi.Berubah 360 darjah perangai Qaisha dari dulu dengan sekarang.Sama seperti yang diceritakan Ariz.Dah pandai susun kata.Sopan semuanya. Dan makin manja.
Qaisha senyum.
Rindu dia dengan senyuman itu.
                “Qaisha”.Opah memanggil.
Terkejut mereka berdua.Tidak sedar dengan kehadiran opah.
Opah menghulurkan sehelai kertas.
Abang pun dah sampai ruang tamu.Sanak saudara yang lain pun dah ada dekat situ.
Dia memandang opah.
                “Ikrar baru ke opah?”Soal Qaisha.Yela,abang kan dah ada kak Huda.Takkan aku pun nak panggil dia abang lagi.
Opah mengangguk dan mengarahkannya mengangkat tangan kanan separas bahu.
Qaisha menurut walaupun malu baca depan saudara mara pulak tu.
                “Saya Sofi Nur Qhuraisha binti Zainal berjanji akan menukar gelaran ‘abang’ kepada…”
Yang lain menunggu.Qaisha memikirkan sesuatu.
                “Kepada Ah Long tukang babysitter dan saya”.
Opah menghentikan ikrar Qaisha.Yang lain ketawa besar.Ean menggeleng-geleng. Tak berubah semua.
Ariz mencebik.
                “Ulang lagi sekali”.Tajam mata opah menusuk anak mata aku.
                “Abang tak rela dipermadukanlah,opah”.Saje aku nak cari onar dengan abang.
                “Siapa kata?”Soal Ariz.
                “Habis abang rela dipermadukanlah ek?”Soal kak Huda mengusik.
Yeay,kak Huda kamceng dengan aku.
                “Ayok abang…”.Sengaja aku meriuhkan suasana.Memang riuh dengan gelak tawa saudara mara.
                “Ish,Qaisha ni la.Bocor rahsia abang”.Gurau Ariz.
Makin gamat suasana.
                “Saya Sofi Nur Qhuraisha binti Zainal berjanji akan menukar gelaran ‘abang’ kepada along dan saya akan menggunakan gelaran abang itu kepada Aiman Ikhwan bin Datuk Shauki.” Tamat sudah ikrarnya.
Muka memang tak merah mana lah.
Makin lama,ruang tamu menjadi sepi kembali.
Aku menghulurkan handphone aku kepada Ean.
Ean mengangkat kening.
                “Cuba awak baca tu”.Lembut tuturannya.
                “Awak?”Soal Ean sambil tersenyum.
Aku pun turut tersenyum.
                “Cuba abang baca mesej tu”.Aku memperbetulkan silapku.
Mesej yang dibalas oleh Jannah setelah mendapat tahu maksud di sebalik nombor-nombor itu.Kelihatan dia tersangat gembira.Mana mungkin aku dapat berasa tenang ketika ini.Bersalah?Tapi apa salah aku?Salah ke aku menerima Ean?

p/s : i'm really waiitng 4 ur comments...don't worry,i'm an open-minded person,tak salah seorang kawan nk menegur kesilapan seorang kawan yang lain..tq..

No comments:

Post a Comment