Beberapa kali aku menguap dan entah berapa kali aku tersengguk-sengguk.Aku cuba menahan.Kuatkan azam.Dah sejam lebih dah along bawa kak Huda balik.Bimbang dengan keadaan kak Huda yang seperti orang hysteria apabila Sofea secara tiba-tiba pengsan.
Keadaan dalam hospital memang macam ni ek?Buat aku goose bumps.
“Sofea,semua orang risaukan Sofea.Sofea cepat bangun ye.Makngah tak ada kawan nak buat sekutu nanti.Cepat bangun ye”.Qaisha memandang sayu anak buahnya itu.Kalau besar,budak ni mesti cun jugak macam mama dia.
“Sayang tidurlah dulu.Biar abang pulak yang jaga Sofea”.Pujuk Ean.Entah ni sudah kali ke berapa dia memujuk isterinya.
Qaisha masih dengan pendiriannya.Menggeleng.
Ean melentokkan kepala isterinya ke bahunya.Dikucupnya pipi gebu isterinya.Qaisha hilang dari realiti.
‘Malam pertama dalam hospital,cukup mencabar nafsu lelaki aku’.Bisik Ean di dalam hati.
Sayang dah banyak berubah.Sayang dah makin suka dengan budak-budak.Dulu bukan main anti lagi dengan budak-budak ni.
Bibir merah isterinya dipandang sabar.Mahu dikucup tetapi takut jikalau isterinya akan sedar.Dia menarik balik niat di hati.
Tombol pintu wad dipulas.
“Kesiannya diorang.Malam pertama dalam hospital”.Ujar Ariz perlahan.
Kak Huda mengangguk.Jam menunjukkan pukul 6:00 pagi.
Ariz membangunkan Ean.Serentak itu juga Qaisha terjaga.Masing-masing tersangatlah mengantuk.
“Terima kasih banyak-banyak tolong jaga Sofea.Akak nak mintak maaf jugak sebab dah rosakkan malam pertama korang berdua”.Bersungguh-sungguh kak Huda memohon maaf.
“Tak de hal la kak.Pengalaman baru kan?”Soal Ean kepada Qaisha.
Qaisha mengangguk setuju.
“Okaylah,kitorang gerak dulu”.
Ean menyalam Ariz.Qaisha pula menyalam kak Huda dan abangnya.
Qaisha menggoyang-goyang lengan suaminya itu.Boleh pulak sambung landing lepas solat Subuh tadi.Ngantuk sangatlah ni.
“Abang,bangunlah.Kalau tak Qaisha siram nanti”.Tuturnya sambil menarik-narik lengan suaminya.Berat betullah.
Ean senyum jahat.Qaisha pelik.Mengigau ke?
Ean menarik Qaisha dan menyebabkan isterinya itu jatuh di sebelahnya.
“Abang…janganlah nak main-main”.
Ean memeluk isterinya.
“Siapa yang main-main?Semalam siapa yang pergi volunteer nak tolong jaga Sofea? Dah tahu,kita busy.Rajin sangat nak volunteer kan diri”.Ean mengusik.
“Abang ni tak baik tau.Selfish”.Qaisha makan hati.
Ean mencuit hidung isterinya.
“Comel lah.Kenapa sayang ni comel sangat?Susah nak jaga nanti”.
“Tu la kan.Nasib baik lah abang tak hensem sangat.Tak lah susah nak jaga”. Sengaja dia menyakat.
Ean tarik muka.
Pintu diketuk.
Cepat-cepat mereka berdua bangun.
“Kacau line lah”.Ean mencuka.
Yang tak tahan pedas,dah macam budak tiga tahun kena tinggal dalam hutan.Betul-betul kaw.Nasi dengan kuey teow goreng.Entah siapa punya kerja.Berapa tan cili api dia letak.
Bergelas-gelas air jugaklah Ean telan.Mana tahan pedas budak ni.
Qaisha senyum je.
“Siapa masak ni mama?”Soal Ean.Pedas-pedas pun sanggup makan.Ye la,mana boleh membazir.
“Guess?”Mama soal balik.
Terus tala ke arah kak Huda.
“Apa usha-usha bini orang?”Usik Ariz.
Kak Huda menepuk perlahan lengan suaminya.
“Kak Huda punya kerja ek?”Ean cuba meneka. Semua dekat sini dah sedia maklum dah yang aku ni memang tak tahan pedas.Bukannya baru kenal aku.Sejak alam sekolah menengah lagi diorang dah masak dengan sikap dan selera aku.
Kak Huda menggeleng.
Qaisha sudah bangun.Sebelum temberang pecah,baik cabut.Saje masak pedas-pedas, nak kenakan dia.Dah tahu kelemahan dia takkan nak buat donno je.Kenalah praktikkan.
Mereka yang lain menahan ketawa.
“Qai…sha…!”.Ish budak ni lah.Siaplah nanti.
Langkah Qaisha semakin rancak berlari.Rancak jugalah Ean mengejar.